Selasa, 11 Oktober 2011

DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2


MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
 - STABAIL BUNGA


Langkah 1 :


Sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kertas A4,kad manila, warna pensel, gunting, gam, gambar berkaitan dari majalah, straw/lidi plastisin dan botol minuman. 



Langkah 2 : Lukis gambar bunga  dan daun pada kertas A4.




Langkah 3 :Warnakan lukisan.

Langkah 4 :  Lekatkan pada kad manila.


Langkah 5 : Gunting lukisan yang telah diwarna dan dilekat pada manila kad tersebut.


Langkah 6 : Lekatkan pada straw atau lidi sebagai batangnya.





Langkah 7: Cucukkan pada botol minuman yang telah dipotong dan masukkan plastisin.




Langkah 8: Siap untuk menghiasi sesuatu tempat dan dijual. Cantikkan? Murid lelaki dicadangkan membuat serangga atau robot.


Hasil kerja bersama rakan kumpulan semasa mengikuti kursus KSSR Dunia Seni Visual Tahun 2. Bunga Tulip dan teratai tu cikgu CT yang buat..hihihi...(angkat bakul sendiri).Banyak input dan idea-idea baru diperolehi daripada kursus ini.

Tiada ulasan: